Qurban tahun ini seperti tahun lalu di laksanakan (2) dua hari, iaitu pada 10 dan 11 Dzul Hijjah 1437.
Walaubagaimanapun, oleh kerana harga yang meningkat keseluruhan Warga KOWADAH berjaya berQurban sebanyak 2 ekor lembu. Tambahan Qurban persendirian dan perkongsian adalah 3 ekor lembu lagi dan 3 ekor kambing.
Sarapan nasi lemak serta kueh mueh disediakan oleh warga.
Sarapan nasi lemak serta kueh mueh disediakan oleh warga.
Makan tengah hari lebihan Nasi lemak dan kueh mueh dari sarapan serta Sup kambing dan Sup Lembu yang telah di Qurbankan pada hari pertama dan disediakan oleh Haji Ahmad Subki serta Teh tarik special beliau.
tengok apa tu ... ?? ooh rupanya hero tengah test power ... Dia mengamuk jadi dia last lah.
Acara berakhir dekat pukul 3:00 petang, in shaa Allah semua Warga KOWADAH yang hadir dan tidak berkesempatan mendapat bahagian, selain dari rakan-rakan serta jiran yang membantu menjayakan Ibadah Qurban KOWADAH 1423H/2016M.
Alhamdulillah ... jazakumullah hu khaira.