Thursday 13 October 2016

GERBANG PERNIAGAAN

KOWADAH BIZ GATEWAY PLT

Dalam usaha mempermudahkan aktiviti perniagaan, telah ditubuhkan KOWADAH BIZ GATEWAY PLT, bagi mengerakkan usaha niaga anggota disamping meningkatkan usaha KOWADAH dalam mempelbagaikan sumber pendapatan.

Info seterusnya .... tidak lama lagi, in shaa Allah.

Friday 16 September 2016

QURBAN 1437H bersamaan 12 September 2016

Qurban tahun ini seperti tahun lalu di laksanakan (2) dua hari, iaitu pada 10 dan 11 Dzul Hijjah 1437.

Walaubagaimanapun, oleh kerana harga yang meningkat keseluruhan Warga KOWADAH  berjaya berQurban sebanyak 2 ekor lembu. Tambahan  Qurban persendirian dan perkongsian adalah 3 ekor lembu lagi dan 3 ekor kambing.

Sarapan nasi lemak serta kueh mueh disediakan oleh warga.

Displaying IMG-20160911-WA0030.jpg


Displaying IMG-20160909-WA0025.jpg

Makan tengah hari lebihan Nasi lemak dan kueh mueh dari sarapan serta Sup kambing dan Sup Lembu yang telah di Qurbankan pada hari pertama dan disediakan oleh Haji Ahmad Subki serta Teh tarik special beliau.


Displaying IMG-20160913-WA0029.jpgDisplaying IMG-20160913-WA0012.jpgDisplaying IMG-20160913-WA0013.jpg


Displaying IMG-20160913-WA0026.jpg











Displaying IMG-20160903-WA0030.jpgDisplaying IMG-20160903-WA0031.jpg

Displaying IMG-20160913-WA0025.jpgDisplaying IMG-20160913-WA0027.jpg

tengok apa tu ... ?? ooh rupanya hero tengah test power ... Dia mengamuk jadi dia last lah.

Acara berakhir dekat pukul 3:00 petang, in shaa Allah semua Warga KOWADAH yang hadir dan tidak berkesempatan mendapat bahagian, selain dari rakan-rakan serta jiran yang membantu menjayakan Ibadah Qurban KOWADAH 1423H/2016M.

Alhamdulillah ... jazakumullah hu khaira.




Monday 8 August 2016

Gerbang Ilmu KOWADAH


KOWADAH CENTRE of EXCELLENCE adalah unit ILMU dari cabang operasi KOPERASI WARGA DARUL HAQ SELANGOR BHD [KOWADAH], dalam usaha memartabatkan program-program pengilmuan bagi memenuhi keperluan anggota/warga disamping berkongsi dengan masyarakat umum kepakaran-kepakaran sedia ada dari kalangan anggota/warga.

AKADEMI ILMU ATS-TSAMANIYAH adalah satu akademi khusus [dalam perancangan] bagi memperkukuhkan program-program yang sedia ada berkonsepkan Pusat Pengajian yang lebih tersusun bagi memertabatkan Ilmu-ilmu al-Qur’an dan al-Hadith. In shaa Allah, Akademi ini dapat membantu dalam mengisi kekosongan Pusat Pengajian yang masih diperlukan dalam mendidik anak bangsa.

Secara keseluruhan, di Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, telah tersedia Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej dan juga Universiti yang menyediakan pendidikan awam. Walaubagaimanapun oleh kerana pemintaan yang banyak terdapat juga penyedia swasta yang mengisi kekurangan yang tidak ditampong oleh Kementerian.
Tahap pembelajaran anak-anak adalah dibahagi kepada tahap-tahap berikut:-
·        

  •             Pra Sekolah                                                                        5 – 6 Tahun
  • ·         Sekolah Rendah                                                                 7 – 12 Tahun
  • ·         Sekolah Menengah                                                           13 – 17/19 Tahun
  • ·         Politeknik/Kolej/Kolej Komuniti                                     18 – 20 Tahun
  • ·         Universiti                                                                          18 – 23/25 tahun

Selain dari itu, masih ramai yang pergi menuntut ilmu di luar negara atas berberapa faktor yang tersendiri seperti kekurangan tempat, kekurangan kepakaran dan sebagainya.

Oleh yang demikian, adalah menjadi usaha KOWADAH CENTRE of EXCELLENCE bersama AKADEMI ILMU ATS-TSAMANIYAH menyediakan keperluan pembelajaran yang sangat-sangat diperlukan sebagai “complementary” atau tambahan dan “add on” kepada sistem sedia ada dengan cara dan metodologi yang bersesuaian dalam membantu khususnya anak-anak anggota/warga dan masyarakat umum amnya.

Selain dari itu, konsep pembelajaran tanpa henti “dari buaian ke liang lahad” membuka ruang kepada anggota/warga terus meningkatkan ilmu dalam bidang-bidang tertentu yang mereka rasa perlu, atas apa juga sebab kerana tidak ada had atau kelulusan yang diperlukan kecuali berminat dan berusaha. Teras tumpuan adalah “soft skills” memandangkan keupayaan dalaman akan membantu keperluan seterusnya. Belajar terus belajar dalam usaha untuk membimbing ahli keluarga.

In shaa Allah mereka yang melalui program pembelajaran yang di sediakan oleh KOWADAH CENTRE of EXCELLENCE/AKADEMI ILMU ATS-TSAMANIYAH akan mencapai impian untuk menambah ilmu tanpa perlu risau gagal kerana setiap usaha yang di niati kerana Allah pasti berjaya.

Apa juga, kerjasama ibubapa, pakar pendidik [agama dan umum] bersama dengan pihak KOWADAH CENTRE of EXCELLENCE/AKADEMI ILMU ATS-TSAMANIYAH dikenalpasti menjadi resepi kejayaan dunia dan akhirat.

  
DIANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG DIKENDALIKAN:-


1.  MUHKLIS DALAM TAQWA.
·         Perintah Kerjakan
·         Larangan Jauhi
·         Sunnah ditegakkan


2.       SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM.
·         Zaman-zaman sebelum Adam AS
·         Zaman Kenabian
·         Islam dan Masa kini


3.       RASULULLAH SAW - USWATUN HASANNAH.
·         Sebelum diangkat menjadi Rasul
·         Kenabian dan 23 tahun penuh dugaan
·         Sahabat, Tabi’in dan Tabi Tabi’in


4.       MENJADI IBU DAN BAPA CEMERLANG.
·         Tanggungjawab dan Peranan
·         Ganjaran


5.       MENDIDIK ANAK-ANAK CEMERLANG (SOLEH DAN SOLEHAH).
·         Cara dan Methodologi
·         Bantuan Pakar Pendidik


6.       AHLI MASYARAKAT CEMERLANG – BERBAKTI UNTUK UMMAH.
·         Kenapa dan Mengapa ?
·         Budi Luhur (Budi Pekerti Yang Baik)


7.       WARGA KERJA/AHLI PERNIAGAAN BERDEDIKASI.
·         Kesan dan tanggungjawab


8.       KEJAYAAN DAN KEUPAYAAN MEMBAWA KEPADA PEMBELAAN UMMAH.
·         Kejayaan
·         Keupayaan Ekonomi


9.     KEWANGAN ISLAM
·         Sistem Ekonomi
·         Halal dan Haram
·         Riba
·         Faroid

AMALAN YANG BOLEH MENYEBABKAN DATANGNYA REZEKI DARI ALLAH

Amalan yang diajarkan Allah dan Rasulullah SAW, yang dapat melancar datangnya rezeki, di antaranya :

1.       MEMPERBANYAK ISTIGHFAR KEPADA ALLAH.
Istighfar yang berarti meminta ampun kepada Allah dalam arti membaca kalimat istighfar iaitu “Astaghfirullah” yang artinya aku minta ampun kepada Allah. Berdasarkan Firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah Nuh, Ayat 10-12 yang artinya “Memintalah ampun kalian kepada Tuhan kalian sesungguhnya Dia Maha Pengampun”. Di samping meminta ampun kepada Allah adalah perintah dari Allah, memperbanyak membaca istighfar banyak membawa manfaat yang lain, berdasarkan sabda dari Rosulullah SAW dalam hadith riwayat Ahmad yang artinya “Barang siapa yang memperbanyak membaca istighfar maka Allah akan menjadikan segala kesusahan, menjadi kemudahan dan dari segala kesempitan Allah menjadikan jalan keluar dan Allah akan memberi rezeki untuknya dari yang dia sangka maupun yang tidak dia sangka”. Yang pasti, memperbanyaklah membaca istighfar agar dimudahkan Allah, baik dalam semua perkara kita maupun dimudahkan dalam rezeki kita.

2.       MEMPERBANYAK INFAQ FIISABILILLAH.
Sesuatu yang kita keluarkan untuk infaq fiisabilillah, Allah akan melipatgandakan, bahkan sampai 700 kali lipat dari apa-apa yang di infaqkan, sesuai dengan firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah Al-Baqarah, ayat 261 yang artinya “Perumpamaan orang-orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi maha mengetahui”. Dan juga Allah berfirman dalam Hadith Qudsi yang artinya “Allah yang Maha Mulia dan Maha Agung berfirman : infaqlah kalian maka Aku akan memberi nafkah untuk kalian”. (HR.Bukhori). Harta yang kita infaqkan (shodaqohkan) tidak akan habis sebab shodaqoh tidak akan mengurangi pada harta. seumpama sumur (sumber air) walupun diambil airnya, tak akan pernah ada habisnya , bahkan bertambah lagi.

3.       MEMPERBANYAK SILATURRAHIM (MENYAMBUNG [ZIARAH] KELUARGA). 
Menyambung (ziarah) keluarga juga merupakan perintah dari Allah dan Rasul, berdasarkan dalil dalam Al-Qur’an Surah An-Nisaa, ayat 1, yang artinya “Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”. Disamping menyambung (ziarah) keluarga merupakan perintah dari Allah dan Rasul, jika seseorang sering mempererat tali shilaturrahim, maka dimudahkan dalam rezekinya. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW dalam Hadith Bukhori yang artinya “Barang siapa yang ingin diluaskan dalam rezekinya dan ingin di panjangkan dalam umurnya maka supaya menyambung keluarga”.

4.       SENANG MENGHORMATI TAMU.
Salah satu kewajiban seseorang kepada orang lain dalam agama islam adalah menghormati tamu. Baik tamu itu seorang saudara maupun bukan, sudah iman maupun belum. Baik tamu itu kaya maupun miskin. Yang jelas semua tamu harus dihormati dan di agungkan. Selain menjadi perintah Allah dan Rasul. Ternyata menghormati tamu meluaskan rezeki. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW dalam Hadith Riwayat Abu Syaikh yang artinya “Tamu datang dengan membawa rezekinya dan dia pergi dengan menghilangkan dosa kaum, dan Allah menghapus dari dosanya dan juga dosa-dosa kaum”. Berdasarkan hadist ini, siapapun yang menjadi tamu harus dihormati jangan disia-siakan, sebab jika menyia-nyiakan tamu maka akan mendapat ancaman.

5.       BERUSAHA MENJADI ORANG YANG JUJUR DAN AMANAH. 
Jujur dan amanah merupakan sifat orang iman. Bila seseorang menganggap dirinya sebagai orang iman, tetapi dia belum boleh berbuat jujur dan amanah, berarti keimanan orang tersebut belum sempurna. Sifat amanah merupakan perintah Allah juga kepada semua orang iman sesuai dengan firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An Nisaa’ ayat 58, yang artinya “Sesungguhnya Allah memerintah pada kalian untuk menyampaikan amanat-amanat kepada ahlinya (yang berhak menerima)”. Rasulullah SAW dalam Hadith Riwayat Dailami, yang artinya “Amanah boleh menarik rezeki (mendatangkan) pada rezeki sedangkan khianat dapat menarik (mendatangkan) kemelaratan”. Seandainya semua manusia boleh mempunyai sifat yang jujur dan amanat, hidup akan penuh rasa kedamaian dan tidak ada rasa su’udhon (persangkaan buruk) kepada orang lain.

6.       MENINGKATKAN TAQWA KEPADA ALLAH.
Taqwa kepada Allah berarti boleh mengerjakan semua perintah Allah sekaligus menjauhi semua larangan-Nya. Dengan demikian Allah akan memudahkan rezeki sesuai dengan firman Allah dalam Al- Qur’an, Surah At Tholaq ayat 2-4, yang artinya: “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan memberi baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka …. Barang siapa bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memudahkan di dalam semua perkara orang tersebut”. Perbuatan-perbuatan dosa yang boleh mengakibatkan manusia masuk ke dalam neraka, ternyata boleh mengakibatkan rezekinya tidak lancar sesuai sabda Rasulullahi SAW dalam Hadith Sunan Ibnu Majah yang artinya : “sesungguhnya seorang laki-laki akan dihalang-halangi rezekinya sebab kesalahan (dosa) yang telah ia kerjakan”. Dengan hadith ini, apabila telah melakukan perbuatan dosa segeralah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, sehingga boleh bersih dari dosa dan memudahkan datangnya rezeki.

7.       MEMPERBANYAK TAWAKAL KEPADA ALLAH. 
Memperbanyak bertawakal (berpasrah diri) kepada Allah, membuat seseorang dicukupi keperluannya. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah At Tholaq, ayat 3 , yang artinya : “… Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya ….”. Dan sesuai dengan sabda Rasulullah SAW dalam Hadith Sunan Ibnu Majah, yang artinya : “Nabi bersabda : seandainya kalian tawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal kepada Allah, niscaya Allah akan memberi rezeki pada kalian sebagaimana Allah memberi rezeki pada burung , ketika pagi burung dalam keadaan lapar namun ketika petang burung dalam keadaan kenyang”. Dengan bertawakal kepada Allah, manusia mendapatkan manisnya iman.

8.       SELALU BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH  (Husnudhon Billaah). 
Berprasangka baik merupakan perintah dari Allah dan Rasul, ternyata mendatangkan rezeki dari Allah. Berprasangka yang baik merupakan inti dan sebaik-baiknya ibadah kepada Allah, sesuai sabda Rasulullah SAW dalam Hadith Riwayat At Tirmidzi, yang artinya : Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya baiknya persangkaan kepada Allah termasuk sebaik-baiknya ibadah kepada Allah”.

9.       MENERTIBKAN SOLAT TAHAJUD & DOA-DOA 1/3 MALAM.

Solat tahajud merupakan pekerjaan orang-orang soleh terdahulu, baik di zaman Rasulullah SAW maupun sebelumnya. Pada saat itulah Allah turun ke langit dunia dan berfirman seperti yang dijelaskan dalam Hadith Bukhori, yang artinya : “Rasulullah SAW bersabda : Allah yang Maha Barokah dan Maha Luhur setiap malam turun ke langit dunia ketika tepat pada waktu 1/3 malam yang akhir sambil berfirman : “Barang siapa yang berdoa padaKu akan Aku kabulkan, barang siapa yang minta padaKu akan Aku beri dan barang siapa yang minta ampun padaKu akan Aku ampuni”.

Wednesday 4 November 2015

EMAS POTENSI PELABURAN YANG KURANG DIFAHAMI ...

EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadith banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: 

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-’Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-’Imran: 14 dan 91, al-Nisa’: 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadith daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadith ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh ‘Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadith ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:
Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa’d) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.
Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:

Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan ‘kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :

Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan)

Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.

Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.

Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.


sumber : ww1.utusan.com.my

Monday 7 April 2014

UBAH CARA BERBELANJA DAN GAYA HIDUP

Untuk menghadapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, pengguna perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup ke arah kesederhanaan. Kita perlu mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat cermat bagi mengelak pembaziran, mewujudkan dan kecemasan dan mengelak daripada membuat pinjaman baharu. Ini semua penting bagi kita dalam menghadapi kesan negatif yang tercetus daripada peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing.

Sejak bulan November (2013) yang lepas seramai 244,517 rakyat Malaysia mendapatkan khidmat kauseling dari Agensi kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan 40.7% atau 99,347 orang daripada mereka terlibat dalam program pengurusan hutang.

Antara faktor utama masalah kewangan yang mereka hadapi ialah kerana perancangan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22.9%, kos perubatan yang tinggi(18.3%), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2%) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1%).

Tidak sukar untuk kita mengawal perbelanjaan. Apa yang diperlukan ialah disiplin dan fokus kepada perkara-perkara kecil seperti kurangkan makan di luar, tutup suis elekltrik dan paip air dengan sempurna, menabung sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan.

Cara paling mudah ialah dengan mengadakan belanjawan dengan menyenaraikan pendapatan dan menolak setiap perbelanjaan yang perlu. Melalui senarai belanjawaan, pengguna dapat melihat kekurangan atau lebihan perbelanjaannya, sekaligus boleh menstruktur semula perbelanjaan dan mengubah perbelanjaan negatif kepada positif agar dapat membuat simpanan tambahan.

Lazimnya kita sedar akan masalah yang kita hadapi akibat situasi ini, namun jika kita hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan, situasi ini boleh menjejaskan kehidupan peribadi termasuk masalah keluarga dan pekerjaan.

Kita perlu memanafaatkan perkhidmatan percuma yang ditawarkan seperti Pendidikan Kewangan, Kauseling dan Nasihat tentang Pengurusan Kewangan dan Program Pengurusan Kredit. Melalui perkhidmatan program-program itu, kita boleh mendapatkan khidmat nasihat berhubung belanjawan, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu diri membuat belanjawan bagi mengurus perbelanjaan.

Dengan tambahan ilmu yang ada, kita akan dapat merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dan efektif terutamanya ketika menghadapi kenaikan harga yang menyebabkan kos sara hidup yang tinggi. Selain dari itu, kita juga boleh berbelanja mengikut keutamaan dengan menyediakan senarai barangan dari yang penting kepada yang boleh ditunda pembeliannya. selain dari itu, kita juga perlu menetapkan had perbelanjaan untuk sesuatu pembelian bagi mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan mengikut nafsu.

***
disunting dari terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur.

Friday 4 April 2014

Perjuangan yang tidak dirancang ...

Persoalan  bagi  yang  berfikir  ialah  siapa  saya?  Adakah  saya dan keluarga saya di landasan yang betul  untuk mendapat Syurga – Nya Allah, dan terlepas dari seksa – Nya Allah?

Akhirnya “Hidayah” yang sememangnya menjadi hak mutlak Allah SWT, dan hanya qodar ketentuan manusia di tentukan oleh keikhlasan dan kejujuran mereka mencari kebenaran.

Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al Qashash, Ayat 56 yang bermaksud:-

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."

Ibnu Katsir rahimahullah berkata: "Allah berfirman kepada Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam, 'sesungguhnya engkau tidak boleh memberikan hidayah kepada orang yang engkau cintai.' Maksudnya: itu bukan urusanmu. Tetapi, kewajibanmu hanya menyampaikan dan Allah akan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dia yang memiliki hikmah yang mendalam dan keterangan yang kuat, sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al Baqarah, Ayat 272: 

"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya."

Dan juga firman-Nya lagi di dalam Surah Yusuf, Ayat 103 yang bermaksud:-

"Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman - walaupun kamu sangat menginginkannya-." 

Bahkan ayat ini lebih khusus daripada ayat yang lainnya. Maksudnya, “Allah lah yang paling mengetahui orang yang berhak mendapat hidayah dari orang-orang yang tersesat.” (Tafsir al-Qur'an al-'Adzim, III/ 523).

Setiap individu yang mengakui dirinya Islam apabila dia melafazkan syahadah, wajib membaca Ummul Kitab, sekurang-kurangnya tujuh belas (17) kali di dalam solat wajib lima (5) waktu, yang bermakna: “tunjukkan lah pada ku jalan yang lurus (benar)”. (Surah Al Fatihah, Ayat 6)

Ini boleh digambarkan seperti berikut:-

Islam adalah seperti satu kenderaan yang sedang bergerak menuju Jannah. Mereka yang [iman] menetapi al-Qur’an dan as-Sunnah yang ikhlas dan jujur dalam usahanya untuk menetapi perintah Allah azza wa jalla serta yakin dalam amalannya sepertimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW dalam al-Hadith adalah penumpangnya. Ramai berusaha menahan kenderaan tersebut [mengakui Islam] tetapi, tidak berjaya kerana [tanpa disedari] tidak jujur dan ikhlas dalam pengamalan [amalan yang tidak murni]. Malangnya ramai juga yang sedang didalam kenderaan ini yang leka, tidak menghargai, menjadikan mereka tidak tertib, dan akhirnya yang paling rugi adalah mereka yang keluar kerana terikut-ikut dengan orang lain yang mereka rasa lebih betul atau hanya mengikut akal singkat sendiri. Akhirnya rugi sendiri.


Tanpa disedari ... usaha mencari kebenaran, mencari perkara yang HAQ’ menjadi lebih teratur kerana secara tidak langsung atau tidak segaja tertubuhlah Pusat Sumber Mini. Bahan serta maklumat yang terkumpul dari pembacaan kitab-kitab, buku-buku, keratan-keratan akhbar, kertas-kertas kerja dari seminar dan forum yang tercetak atau dari laman sesawang.

Zaman serba canggih ini membawa satu fenomena baru yang sangat merbahaya. Istilah ‘ustasGoogle membawa manusia menjelajahi ilmu dalam dunia tanpa sempadan dengan pelbagai maklumat yang dimuat turun oleh sesiapa sahaja yang mempunyai ‘access’ dan keupayaan teknologi. Orang mula menulis sesukanya, memberi pandangan sesukanya, baik dalam blog, facebook, twitter dan sebangsanya. Akhirnya Pusat Sumber Mini ini dinamakan Darul HAQ Resources Centre [DHRC] dan secara rasminya mengunakan alamat di alam maya melalui d'haq ... the resources centre pada 25hb April 2008 [bersamaan dengan 19 Rabiul Akhir 1429 Hijrah].

Maka dari setiap gerak dan usaha ini, mulanya berlaku dengan secara tidak sengaja menjadi satu kajian kehidupan yang tidak dirancang, merangkumi jangkamasa sejak boleh berfikir, atau istilahnya sejak akil baligh lagi, iaitu menjangkau lebih dua puluh lima (25) tahun. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, dalam usaha mencari yang HAQ’ dan murni ini dan insyaallah doa dan permohonan  yang ikhlas dan jujur serta keyakinan dengan firman Allah yang bermaksud: “Berdo’alah kalian padaku, pasti aku akan mengabulkannya … al ayat,” (Surah Al-Ghafir/Al-Mu’min, Ayat 60)

Berkongsi pandangan, berbincang dengan persoalan-persoalan tentang Islam dan agama berterusan dengan berberapa rakan dan kenalan yang mempunyai minat yang sama. Niat murni mencari kebenaran menjadi satu JARINGAN/NETWORK yang positif dengan nama Warga Darul HAQ’ atau singkatannya waDAH. Singkatan ini dikira menarik dan sangat bersesuaian kerana ia membawa erti satu [alat atau kenderaan] yang boleh membantu setiap individu yang terbabit dan terkait dengannya. Diantara yang terbabit dengan waDAH, ada yang memiliki ilmu agama berteraskan al-Qur’an dan al-Hadith, maka mereka berkongsi ilmu mereka dalam sesi-sesi pengajian yang diadakan pada mulanya di kediaman-kediaman warga.

Perkongsian ini sentiasa bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ;

Sampaikanlah DARIKU (Nabi SAW) walau hanya satu (1) ayat ” 

[HR Al-Bukhari 3/1275 no 3274]

Melalui aktiviti-aktiviti pengilmuan yang bersandarkan dalil-dalil HAQ’ firman Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, maka banyak persoalan dan isu terungkai. Konsep atau kaedah (manhaj) pengajian yang dinamakan Manquul-Musnad-Muttashil ini menjadi kaedah peningkatan ilmu. Ini diperkukuhkan lagi dalam memahami pentingnya ta’at pada Allah SWT dan Rasulullah SAW yang menjadi kewajiban mutlak bagi setiap individu yang mengakui dirinya iman, dan ta’at pada pengatur diantaranya berdasarkan kepada perkara-perkara yang dipersetujui bersandarkan dalil-dalil sahih dari al-Qur’an dan al-Hadith dan tidak maksiat.

Bagi mengerakkan waDAH dengan lebih sempurna dan teratur, akhirnya dipersetujui pada 22hb Disember 2008, satu permohonan dibuat ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menubuhkan Koperasi Warga Darul Haq Selangor Berhad. Tuan Haji Othman Baba, Encik Khairuddin Abd. Rahman dan Ustaz Zainul Hizam Mohd Basar, menjadi teraju utama permohonan rasmi tersebut.

Koperasi dipilih dari Persatuan atau Pertubuhan kerana selain dari menjadikan waDAH sebagai satu organisasi yang SAH, ia mempunyai kelebihan membantu menggerakan ekonomi anggota.

Koperasi adalah salah satu konsep dan cara terbaik mengumpulkan dana bagi menyediakan peluang-peluang kepada anggota-anggota, meningkatkan pendapatan dan pulangan dengan peluang menceburi aktiviti-aktiviti ekonomi dengan lebih besar dan teratur.

Tabungan secara berkumpulan adalah lebih mudah dan berkesan dari dilakukan secara individu atau persendirian bagi mendapatkan pulangan terbaik dalam bentuk pegangan dan kewangan, serta manafaat dan faedah yang lain. Konsep bekerjasama secara bantu membantu perlu difahami dengan jelas bagi memastikan keberkesanan Koperasi.

Alhamdulillah, pada 30hb Mei 2009 Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) telah meluluskan KOPERASI WARGA DARUL HAQ SELANGOR BERHAD dan pada 28hb OGOS 2009, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengeluarkan PERAKUAN PENDAFTARAN KOPERASI dengan Bil. Daftar: B-4-0720. Bagi kelangsungan waDAH, singkatan KOWADAH digunakan. Datuk Wira Abdul Rahman Jamal dipilih sebagai Pengerusi pertama dalam mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi [ALK] seramai dua belas (12) orang. Beliau adalah penyelaras blog Yayasan Ilmu.

Walau bagaimanapun, manusia merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya. Atas sikap huznuzhonbillah, berberapa isu dan perkara serta situasi semasa yang tidak dapat dielakkan, KOWADAH tidak dapat bergerak aktif, lebih-lebih lagi dengan kesibukan Ahli Lembaga Koperasi [ALK] yang dilantik.  Olih yang demikian waDAH meneruskan aktiviti-aktiviti asalnya sehingga usaha mengerak serta mengaktifkan kembali KOWADAH dimulakan pada awal tahun 2014.

Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Yusuf, Ayat 87 yang bermaksud:-

"... Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." 

Insyaallah usaha yang tergendala lebih lima (5) tahun ini akan menghasilkan kejayaan dan kebarokahan buat mereka yang berusaha bersungguh-sungguh menjayakannya. Darul HAQ Resources Centre [DHRC] kini diserap sebagai unit sumber dan penyelidikan untuk KOWADAH, bagi meneruskan kajian-kajian ilmiah bagi memastikan kesahihan maklumat khusus bagi anggota-anggota dan masyarakat umum amnya. Kepada yang keliru atau kurang yakin, ingat lah bahawa kita hanya boleh berusaha.

Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 216 yang bermaksud:-

" … boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 

4 Jamadil Akhir 1435



“Manquul” berasal dari bahasa Arab, yaitu “Naqola-Yanqulu”, yang artinya “pindah”. Maka ilmu yang manquul adalah ilmu yang dipindahkan dari guru kepada murid. Dengan kata lain, Manquul artinya berguru, yaitu terjadinya pemindahan ilmu dari guru kepada murid. Dengan mengaji yang benar yakni dengan cara manquul, musnad dan muttashil (persambungan dari guru ke guru berikutnya sampai kepada sahabat dan sampai kepada Nabi Muhammad SAW, maka secepatnya kita dapat menguasai ilmu al-Qur’an dan al-Hadith dengan mudah dan benar.