Monday 7 April 2014

UBAH CARA BERBELANJA DAN GAYA HIDUP

Untuk menghadapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, pengguna perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup ke arah kesederhanaan. Kita perlu mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat cermat bagi mengelak pembaziran, mewujudkan dan kecemasan dan mengelak daripada membuat pinjaman baharu. Ini semua penting bagi kita dalam menghadapi kesan negatif yang tercetus daripada peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing.

Sejak bulan November (2013) yang lepas seramai 244,517 rakyat Malaysia mendapatkan khidmat kauseling dari Agensi kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan 40.7% atau 99,347 orang daripada mereka terlibat dalam program pengurusan hutang.

Antara faktor utama masalah kewangan yang mereka hadapi ialah kerana perancangan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22.9%, kos perubatan yang tinggi(18.3%), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2%) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1%).

Tidak sukar untuk kita mengawal perbelanjaan. Apa yang diperlukan ialah disiplin dan fokus kepada perkara-perkara kecil seperti kurangkan makan di luar, tutup suis elekltrik dan paip air dengan sempurna, menabung sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan.

Cara paling mudah ialah dengan mengadakan belanjawan dengan menyenaraikan pendapatan dan menolak setiap perbelanjaan yang perlu. Melalui senarai belanjawaan, pengguna dapat melihat kekurangan atau lebihan perbelanjaannya, sekaligus boleh menstruktur semula perbelanjaan dan mengubah perbelanjaan negatif kepada positif agar dapat membuat simpanan tambahan.

Lazimnya kita sedar akan masalah yang kita hadapi akibat situasi ini, namun jika kita hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan, situasi ini boleh menjejaskan kehidupan peribadi termasuk masalah keluarga dan pekerjaan.

Kita perlu memanafaatkan perkhidmatan percuma yang ditawarkan seperti Pendidikan Kewangan, Kauseling dan Nasihat tentang Pengurusan Kewangan dan Program Pengurusan Kredit. Melalui perkhidmatan program-program itu, kita boleh mendapatkan khidmat nasihat berhubung belanjawan, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu diri membuat belanjawan bagi mengurus perbelanjaan.

Dengan tambahan ilmu yang ada, kita akan dapat merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dan efektif terutamanya ketika menghadapi kenaikan harga yang menyebabkan kos sara hidup yang tinggi. Selain dari itu, kita juga boleh berbelanja mengikut keutamaan dengan menyediakan senarai barangan dari yang penting kepada yang boleh ditunda pembeliannya. selain dari itu, kita juga perlu menetapkan had perbelanjaan untuk sesuatu pembelian bagi mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan mengikut nafsu.

***
disunting dari terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment