KOWADAH CENTRE of EXCELLENCE adalah unit ILMU dari cabang operasi KOPERASI WARGA DARUL HAQ SELANGOR BHD
[KOWADAH], dalam usaha memartabatkan program-program pengilmuan bagi
memenuhi keperluan anggota/warga disamping berkongsi dengan masyarakat umum
kepakaran-kepakaran sedia ada dari kalangan anggota/warga.
AKADEMI ILMU ATS-TSAMANIYAH
adalah satu akademi khusus [dalam perancangan] bagi
memperkukuhkan program-program yang sedia ada berkonsepkan Pusat Pengajian
yang lebih tersusun bagi memertabatkan Ilmu-ilmu al-Qur’an dan al-Hadith. In
shaa Allah, Akademi ini dapat membantu dalam mengisi kekosongan Pusat Pengajian
yang masih diperlukan dalam mendidik anak bangsa.
Secara keseluruhan, di Malaysia
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia,
telah tersedia Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej dan juga Universiti yang
menyediakan pendidikan awam. Walaubagaimanapun oleh kerana pemintaan yang
banyak terdapat juga penyedia swasta yang mengisi kekurangan yang tidak
ditampong oleh Kementerian.
Tahap pembelajaran anak-anak adalah
dibahagi kepada tahap-tahap berikut:-
·
- Pra Sekolah 5 – 6 Tahun
- · Sekolah Rendah 7 – 12 Tahun
- · Sekolah Menengah 13 – 17/19 Tahun
- · Politeknik/Kolej/Kolej Komuniti 18 – 20 Tahun
- · Universiti 18 – 23/25 tahun
Selain dari itu, masih ramai yang
pergi menuntut ilmu di luar negara atas berberapa faktor yang tersendiri
seperti kekurangan tempat, kekurangan kepakaran dan sebagainya.
Oleh yang demikian, adalah
menjadi usaha KOWADAH CENTRE of
EXCELLENCE bersama AKADEMI ILMU
ATS-TSAMANIYAH menyediakan keperluan pembelajaran yang sangat-sangat
diperlukan sebagai “complementary”
atau tambahan dan “add on” kepada
sistem sedia ada dengan cara dan metodologi yang bersesuaian dalam membantu
khususnya anak-anak anggota/warga dan masyarakat umum amnya.
Selain dari itu, konsep
pembelajaran tanpa henti “dari buaian ke liang lahad” membuka
ruang kepada anggota/warga terus meningkatkan ilmu dalam bidang-bidang tertentu
yang mereka rasa perlu, atas apa juga sebab kerana tidak ada had atau kelulusan
yang diperlukan kecuali berminat dan berusaha. Teras tumpuan adalah “soft
skills” memandangkan keupayaan dalaman akan membantu keperluan seterusnya.
Belajar terus belajar dalam usaha untuk membimbing ahli keluarga.
In shaa Allah mereka yang melalui
program pembelajaran yang di sediakan oleh KOWADAH
CENTRE of EXCELLENCE/AKADEMI ILMU
ATS-TSAMANIYAH akan mencapai impian untuk menambah ilmu tanpa perlu
risau gagal kerana setiap usaha yang di niati kerana Allah pasti berjaya.
Apa juga, kerjasama ibubapa, pakar pendidik [agama dan umum] bersama dengan pihak KOWADAH CENTRE of EXCELLENCE/AKADEMI ILMU ATS-TSAMANIYAH dikenalpasti menjadi resepi kejayaan dunia dan akhirat.
DIANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG DIKENDALIKAN:-
1. MUHKLIS DALAM TAQWA.
·
Perintah
Kerjakan
·
Larangan
Jauhi
·
Sunnah
ditegakkan
2. SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM.
·
Zaman-zaman
sebelum Adam AS
·
Zaman
Kenabian
·
Islam dan
Masa kini
3. RASULULLAH SAW - USWATUN HASANNAH.
·
Sebelum
diangkat menjadi Rasul
·
Kenabian
dan 23 tahun penuh dugaan
·
Sahabat,
Tabi’in dan Tabi Tabi’in
4. MENJADI IBU DAN BAPA CEMERLANG.
·
Tanggungjawab
dan Peranan
·
Ganjaran
5. MENDIDIK ANAK-ANAK CEMERLANG (SOLEH DAN SOLEHAH).
·
Cara dan
Methodologi
·
Bantuan
Pakar Pendidik
6. AHLI MASYARAKAT CEMERLANG – BERBAKTI UNTUK UMMAH.
·
Kenapa dan
Mengapa ?
·
Budi Luhur (Budi Pekerti Yang Baik)
7. WARGA KERJA/AHLI PERNIAGAAN BERDEDIKASI.
·
Kesan dan
tanggungjawab
8. KEJAYAAN DAN KEUPAYAAN MEMBAWA KEPADA PEMBELAAN UMMAH.
·
Kejayaan
·
Keupayaan
Ekonomi
9. KEWANGAN ISLAM
·
Sistem Ekonomi
·
Halal dan
Haram
·
Riba
·
Faroid