Monday 8 August 2016

Gerbang Ilmu KOWADAH


KOWADAH CENTRE of EXCELLENCE adalah unit ILMU dari cabang operasi KOPERASI WARGA DARUL HAQ SELANGOR BHD [KOWADAH], dalam usaha memartabatkan program-program pengilmuan bagi memenuhi keperluan anggota/warga disamping berkongsi dengan masyarakat umum kepakaran-kepakaran sedia ada dari kalangan anggota/warga.

AKADEMI ILMU ATS-TSAMANIYAH adalah satu akademi khusus [dalam perancangan] bagi memperkukuhkan program-program yang sedia ada berkonsepkan Pusat Pengajian yang lebih tersusun bagi memertabatkan Ilmu-ilmu al-Qur’an dan al-Hadith. In shaa Allah, Akademi ini dapat membantu dalam mengisi kekosongan Pusat Pengajian yang masih diperlukan dalam mendidik anak bangsa.

Secara keseluruhan, di Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, telah tersedia Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej dan juga Universiti yang menyediakan pendidikan awam. Walaubagaimanapun oleh kerana pemintaan yang banyak terdapat juga penyedia swasta yang mengisi kekurangan yang tidak ditampong oleh Kementerian.
Tahap pembelajaran anak-anak adalah dibahagi kepada tahap-tahap berikut:-
·        

  •             Pra Sekolah                                                                        5 – 6 Tahun
  • ·         Sekolah Rendah                                                                 7 – 12 Tahun
  • ·         Sekolah Menengah                                                           13 – 17/19 Tahun
  • ·         Politeknik/Kolej/Kolej Komuniti                                     18 – 20 Tahun
  • ·         Universiti                                                                          18 – 23/25 tahun

Selain dari itu, masih ramai yang pergi menuntut ilmu di luar negara atas berberapa faktor yang tersendiri seperti kekurangan tempat, kekurangan kepakaran dan sebagainya.

Oleh yang demikian, adalah menjadi usaha KOWADAH CENTRE of EXCELLENCE bersama AKADEMI ILMU ATS-TSAMANIYAH menyediakan keperluan pembelajaran yang sangat-sangat diperlukan sebagai “complementary” atau tambahan dan “add on” kepada sistem sedia ada dengan cara dan metodologi yang bersesuaian dalam membantu khususnya anak-anak anggota/warga dan masyarakat umum amnya.

Selain dari itu, konsep pembelajaran tanpa henti “dari buaian ke liang lahad” membuka ruang kepada anggota/warga terus meningkatkan ilmu dalam bidang-bidang tertentu yang mereka rasa perlu, atas apa juga sebab kerana tidak ada had atau kelulusan yang diperlukan kecuali berminat dan berusaha. Teras tumpuan adalah “soft skills” memandangkan keupayaan dalaman akan membantu keperluan seterusnya. Belajar terus belajar dalam usaha untuk membimbing ahli keluarga.

In shaa Allah mereka yang melalui program pembelajaran yang di sediakan oleh KOWADAH CENTRE of EXCELLENCE/AKADEMI ILMU ATS-TSAMANIYAH akan mencapai impian untuk menambah ilmu tanpa perlu risau gagal kerana setiap usaha yang di niati kerana Allah pasti berjaya.

Apa juga, kerjasama ibubapa, pakar pendidik [agama dan umum] bersama dengan pihak KOWADAH CENTRE of EXCELLENCE/AKADEMI ILMU ATS-TSAMANIYAH dikenalpasti menjadi resepi kejayaan dunia dan akhirat.

  
DIANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG DIKENDALIKAN:-


1.  MUHKLIS DALAM TAQWA.
·         Perintah Kerjakan
·         Larangan Jauhi
·         Sunnah ditegakkan


2.       SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM.
·         Zaman-zaman sebelum Adam AS
·         Zaman Kenabian
·         Islam dan Masa kini


3.       RASULULLAH SAW - USWATUN HASANNAH.
·         Sebelum diangkat menjadi Rasul
·         Kenabian dan 23 tahun penuh dugaan
·         Sahabat, Tabi’in dan Tabi Tabi’in


4.       MENJADI IBU DAN BAPA CEMERLANG.
·         Tanggungjawab dan Peranan
·         Ganjaran


5.       MENDIDIK ANAK-ANAK CEMERLANG (SOLEH DAN SOLEHAH).
·         Cara dan Methodologi
·         Bantuan Pakar Pendidik


6.       AHLI MASYARAKAT CEMERLANG – BERBAKTI UNTUK UMMAH.
·         Kenapa dan Mengapa ?
·         Budi Luhur (Budi Pekerti Yang Baik)


7.       WARGA KERJA/AHLI PERNIAGAAN BERDEDIKASI.
·         Kesan dan tanggungjawab


8.       KEJAYAAN DAN KEUPAYAAN MEMBAWA KEPADA PEMBELAAN UMMAH.
·         Kejayaan
·         Keupayaan Ekonomi


9.     KEWANGAN ISLAM
·         Sistem Ekonomi
·         Halal dan Haram
·         Riba
·         Faroid

No comments:

Post a Comment